Labels

Saturday, January 14, 2012

Tips Membeli Rumah

Pertama sekali sebelum membeli rumah, kita perlu tahu apa tujuan kita membeli rumah tu? Samaada untuk disewakan ataupun untuk tempat tinggal sendiri. Kalau untuk sewa lokasi amat penting. Contohnya facilities yang berdekatan dengan rumah sewa tu nanti ; pasaraya, sekolah, dll.

Tapi kali ni saya nak berkongsi tips membeli rumah untuk tujuan tempat tinggal sendiri...
Sama juga lokasi memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah mestilah berdekatan dengan kemudahan - kemudahan awam. Dan yang paling penting mestilah berdekatan dengan tempat kerja kerana 5 hari seminggu kita akan berulang alik ke tempat kerja.

Sekarang telah menjadi satu trend baru kepada pemaju pemaju perumahan membina rumah berhampiran dengan Highway iaitu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tetapi kelemahannya cost untuk toll pulak.

Tetapi bagi anda yang meminati rumah yang lebih privacy dan tidak sibuk, anda boleh lah memilih lokasi yang ada guard. Tapi harganya faham - faham jela.

Saya lebih berminat untuk berkongsi bagaimana mendapatkan perumahan yang baru untuk lot bumi kerana diskaun 15% daripada harga rumah.

Pertama anda perlu rajin survey dimana ade perumahan baru. Kemudian bila dah tahu, anda perlu tahu bila tarikh launching nya. Kebiasaannya pemaju akan buat pada sabtu dan ahad. Untuk mendapatkan lot bumi kita perlu berurusan di pejabat setiausaha kerajaan negeri bahagian perumahan. Perlu di ingatkan anda perlu hadir ke pejabat tu seminggu awal sebelum tarikh launching. Ini kerana jika anda hadir pada tarikh launching itu, kemungkinan lot bumi telah habis di booking. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

InsyaAllah dalam penulisan saya yang seterusnya, saya akan memberikan info berkenanaan taman taman baru yang sedang dalam proses pembinaan supaya anda dapat membeli rumah idaman anda.

No comments:

Post a Comment