Labels

Friday, January 6, 2012

Majlis Pernikahan

anggal 12 Jun 2010 lepas isyak telah berlansung satu Majlis Pernikahan di Masjid Jamek Parit Maimon. Setelah dua tahun lebih berkenalan aku telah di ijabkabulkan dengan seorang insan yang bernama Bahar Bin Ngadiman. Pada asalnya majlis pernikahan ini telah siap dirancang dengan rapi nya untuk berlansung di rumah.Namun terdapat masalah yang tak dapat di elakkan di masa-masa akhir yang menyebabkan majlis pernikahan ini tepaksa di buat di Masjid. Aku bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menyebabkan berlaku perselisihan faham pada petang sebelum majlis nikah berjalan.. Ini semua di sebabkan ada perubahan jadual oleh Kadi yang hendak menikahkan aku..Abah dah cakap awal-awal tapi Kadi tu suka-suka hati je nak tukar masa.

Pada malam itu aku telah mengenakan pakaian putih mutiara kurung pahang & dihias dengan selendang putih. Suami aku pun sama memakai baju kurung melayu beserta samping songket hitam. Ramai juga rombongan yang menghantar dari pihak lelaki & perempuan.

Sedang menunggu untuk di ijabkabulkan

Wang hantaran berjumlah RM 9000 berserta sebentuk cincin & gelang tangan

Tandatangan sebagai persetujuan sebelum di ijabkabulkan

Dari kiri; Kadi, abah (tengah tandatangan), aku (pengantin perempuan)

Pernikahan sedang berlansung "Aku nikahkan akan dikau Bahar bin Ngadiman dengan Harita binti Mohd Husin dengan mas kawen RM23 tunai"......"Aku terima nikah Harita binti Mohd Husin dengan mas kawennya RM 23 tunai"
Alhamdulillah....sah menjadi suami isteri

Sedang membaca taklik dari suami kepada isteri
Suami menandatangani surat nikah
Aku menandatangi surat nikah


Penyerahan mas kawen berjumlah RM 23

Bersalaman tanda membatalkan air sembahyang dengan disaksikan oleh Kadi


Sebentuk cincin disarungkan di jari manis

Seutas gelang tangan di pakaikan tanda ikatan telah terjalin

Wajah ceria dari pasangan suami isteri

Lepas balik dari Masjid, diadakan Majlis Malam Beinai antara dua pasang pengantin. Dari kiri; suami, aku, kakak & abg ipar

Abah menepung tawar tanda merestui hubungan kami.

Emak menepung tawar tanda kasih.

Amran bin Noh & Harnida binti Mohd Husin

Kenangan bersama rombongan dari pihak lelaki

Kenangan bersama keluargaku yang tercinta

Mana yang lebih macho?? Laki aku ke laki kakak aku???

Control ayu & comel


Ciuman kasih dari seorang suami kepada isteri

Ciuman manja dari seorang isteri kepada suami

Alhamdulillah majlis pernikahan ini berlansung dengan baik & lancar.. Semoga hubungan kami akan direstui & diredhai serta di rahmati oleh Allah SWT. Aminnn...

No comments:

Post a Comment