Majoriti semua orang mempunyai kereta.. Bila dah ada kereta mestilah kena bayar roadtax dan insuran.. Biasanya kita hanya menyerahkan urusan insuran ni pada kedai kedai kereta, agen insuran tanpa mengetahui kaedah sebenar pengiraan nya.. Apa yang kita tahu cuma bayar.
So, sekarang jom kita belajar sama sama macam mane nak kira premium insuran yang kita kena bayar.
Pertama sekali kita kena tahu nilai semasa kereta kita mengikut harga pasaran, contohnya jika kita issued lebih tinggi dari harga pasaran secara tak langsung bayaran insuran akan lebih mahal dari yang sebenar. Sedangkan pihak insuran hanya membayar mengikut nilai semasa. Macam mana nak tahu nilai semasa kereta? Tanya dengan syarikat insuran yang kita nak ambil.
Adakah anda tahu kebanyakan agen agen insuran ni lebih menggalakkan anda issued lebih tinggi dengan alasan sekiranya berlaku sesuatu pada kereta anda seperti kemalangan pihak insuran akan membayar mengikut nilai yang anda issued kan..tapi sebenarnya tidak. Pihak insuran hanya akan membayar pada nilai pasaran semasa atau hanya 90% dari nilai semasa. Jadi jangan bazirkan wang anda.
FORMULA :
A - 1 * 26 + B - Nilai NCD semasa + RM 10 (stamp duty) + 15% loading cost (keuntungan agent insuran)
A = Nilai caruman / issued
B = Nilai cc kereta ;
225.2 = 1.3 cc
252.2 = 1.6 cc
277.9 = 2.0 cc ke atas
For example:
Model Kereta : Gen 2 (1.3 cc)
Nilai pasaran : RM 22,000 pada tahun 2012
22 - 1 * 26 + 225.2 - 55% = RM 347.04 + RM 10 + (15% * RM 347.04) = RM 409.04
Kalau membuat direct terus ke syarikat insuran tiada 15% loading cost di kenakan.
kalau orang matametik baca formula itu. Nyata salah cara kira. Pastikan letak simbol keutamaan darab, tambah, tolak serta kurungan dengan cermat. Susunan dah betul, cuma tanda matametik itu yang salah letak. tq
ReplyDelete