Labels

Saturday, January 7, 2012

Formula pengurusan kewangan

  • Formula pengurusan kewangan ni memang sudah di kaji & ianya sangat berkesan sekiranya anda dapat mematuhi & mendisplin kan diri anda dengan formula ini.
  • Formula ini boleh di gunakan oleh sesiapa pun terutama bagi mereka yang sudah berpendapatan. Ini kerana kebiasaanya bila dapat gaji je, tak sampai hujung bulan duit dah habis. Tak tau ape yang sudah di belanjakan??
  • InsyaAllah dengan menggunakan formula ini anda akan dapat membelanjakan kewangan anda dengan cara yang sangat efektif.
  • FORMULA PENGURUSAN KEWANGAN:
60% - Perbelanjaan
20% - Cover saving
10% - Simpanan tetap
10% - Hiburan
  • PENERANGAN:
60% Perbelanjaan - Maksudnya perbelanjaan tetap seperti makanan, pakaian, bayar hutang rumah atau kereta atau personal loan, duit untuk ibu bapa, perbelanjaan anak-anak dll.

20 % Cover saving - Maksudnya duit ni boleh di katakan untuk simpanan juga tetapi boleh di gunakan untuk emergency cases atau perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan rutin seperti maintenance atau roadtax kereta, anak-anak dapat tawaran belajar dll.

10% Simpanan tetap - Maksudnya simpanan yang tidak boleh di gunakan. Boleh di katakan simpanan ni untuk anda di masa hadapan atau hari tua anda.

10% Hiburan - Maksudnya untuk hiburan anda. Hidup ni akan jadi bosan sekiranya tiada hiburan. Hiburan ni seperti berjalan-jalan, tengok wayang, makan-makan dll.
So, boleh lah anda menggunakan formula ini dengan jaya nya. Harus anda pastikan jangan sampai perbelanjaan anda melebihi 60% daripada pendapatan bulanan anda...Bila terlebih sangat itu yang jadi tak cukup..Biasanya ni bagi orang-orang yang suka berhutang..Banyak sangat buat personal loan, kad kredit.. Hargai lah duit anda, jangan belanjakan dengan benda yang sia-sia dan jangan berbelanja mengikut hawa nafsu.Cukup sekadar mengikut keperluan..SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA...

No comments:

Post a Comment