Sharing kongsipengalamanku.blogspot.com!!!! Lets followed my experiences through my life from a student, graduate, worker, getting married and now to be a wife and also a mother of a cute baby_gurl. Also sharing another good info regarding our life which thinking simple but important or very complicated in our life...
Tuesday, January 31, 2012
Saturday, January 14, 2012
NCD (No Claim Discount)
NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (Non Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.
1. Status NCD
Pindahan syarikat insuran/takaful
Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar.
Berikut adalah kadar NCD sekiranya tiada berlaku tuntutan: – Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)
Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.
NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:
Tahun pertama 0%Beberapa isu berkenaan dengan NCD:
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)
1. Status NCD
Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th…seterusnya?
Jawapannya: NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%…begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%
2. Pindahan NCDPindahan syarikat insuran/takaful
Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.
Pindahan ke kenderaan lain
Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).
Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Banyak wang yang anda dapat jimatkan!
Formula & Pengiraan Insuran Kereta
Majoriti semua orang mempunyai kereta.. Bila dah ada kereta mestilah kena bayar roadtax dan insuran.. Biasanya kita hanya menyerahkan urusan insuran ni pada kedai kedai kereta, agen insuran tanpa mengetahui kaedah sebenar pengiraan nya.. Apa yang kita tahu cuma bayar.
So, sekarang jom kita belajar sama sama macam mane nak kira premium insuran yang kita kena bayar.
Pertama sekali kita kena tahu nilai semasa kereta kita mengikut harga pasaran, contohnya jika kita issued lebih tinggi dari harga pasaran secara tak langsung bayaran insuran akan lebih mahal dari yang sebenar. Sedangkan pihak insuran hanya membayar mengikut nilai semasa. Macam mana nak tahu nilai semasa kereta? Tanya dengan syarikat insuran yang kita nak ambil.
Adakah anda tahu kebanyakan agen agen insuran ni lebih menggalakkan anda issued lebih tinggi dengan alasan sekiranya berlaku sesuatu pada kereta anda seperti kemalangan pihak insuran akan membayar mengikut nilai yang anda issued kan..tapi sebenarnya tidak. Pihak insuran hanya akan membayar pada nilai pasaran semasa atau hanya 90% dari nilai semasa. Jadi jangan bazirkan wang anda.
FORMULA :
A - 1 * 26 + B - Nilai NCD semasa + RM 10 (stamp duty) + 15% loading cost (keuntungan agent insuran)
A = Nilai caruman / issued
B = Nilai cc kereta ;
225.2 = 1.3 cc
252.2 = 1.6 cc
277.9 = 2.0 cc ke atas
For example:
Model Kereta : Gen 2 (1.3 cc)
Nilai pasaran : RM 22,000 pada tahun 2012
22 - 1 * 26 + 225.2 - 55% = RM 347.04 + RM 10 + (15% * RM 347.04) = RM 409.04
Kalau membuat direct terus ke syarikat insuran tiada 15% loading cost di kenakan.

Johor Premium Outlet (JPO) tarikan terbaru di JB
Akhir akhir 2011 aritu telah dilancarkan satu majlis perasmian oleh YB Perdana Menteri, Datuk Najib sempena pembukaan Johor Pemium Outlet (JPO) di JB. Ini merupakan tarikan terbaru di JB. JPO ni adalah tempat di mana terkumpulnya barangan barangan branded spt GUCCI, BONIA, ESPRIT dan banyak lagi lah. Semua barang branded punya.
For your knowlegde, JPO ni ada 80 outlet stores, antara salah satunya di Malaysia iaitu di JB.
So sape sape yang memang gila kan barang branded boleh lah datang JPO. Ini alamatnya, Johor Premium Outlet, Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Daul Takzim.
Tempat ni memang best, saya pun dah pergi. Just jalan jalan tengok macam mane

Tips Membeli Rumah
Pertama sekali sebelum membeli rumah, kita perlu tahu apa tujuan kita membeli rumah tu? Samaada untuk disewakan ataupun untuk tempat tinggal sendiri. Kalau untuk sewa lokasi amat penting. Contohnya facilities yang berdekatan dengan rumah sewa tu nanti ; pasaraya, sekolah, dll.
Tapi kali ni saya nak berkongsi tips membeli rumah untuk tujuan tempat tinggal sendiri...
Sama juga lokasi memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah mestilah berdekatan dengan kemudahan - kemudahan awam. Dan yang paling penting mestilah berdekatan dengan tempat kerja kerana 5 hari seminggu kita akan berulang alik ke tempat kerja.
Sekarang telah menjadi satu trend baru kepada pemaju pemaju perumahan membina rumah berhampiran dengan Highway iaitu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tetapi kelemahannya cost untuk toll pulak.
Tetapi bagi anda yang meminati rumah yang lebih privacy dan tidak sibuk, anda boleh lah memilih lokasi yang ada guard. Tapi harganya faham - faham jela.
Saya lebih berminat untuk berkongsi bagaimana mendapatkan perumahan yang baru untuk lot bumi kerana diskaun 15% daripada harga rumah.
Pertama anda perlu rajin survey dimana ade perumahan baru. Kemudian bila dah tahu, anda perlu tahu bila tarikh launching nya. Kebiasaannya pemaju akan buat pada sabtu dan ahad. Untuk mendapatkan lot bumi kita perlu berurusan di pejabat setiausaha kerajaan negeri bahagian perumahan. Perlu di ingatkan anda perlu hadir ke pejabat tu seminggu awal sebelum tarikh launching. Ini kerana jika anda hadir pada tarikh launching itu, kemungkinan lot bumi telah habis di booking. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
InsyaAllah dalam penulisan saya yang seterusnya, saya akan memberikan info berkenanaan taman taman baru yang sedang dalam proses pembinaan supaya anda dapat membeli rumah idaman anda.

Perkembangan bayi anda pada usia 8 Bulan
Duduk, merangkak dan berdiri
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.

Menggunakan tangan
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.
Sifat semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.
Apabila berpisah
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi objek
Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.
Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.
Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

Penglihatan yang semakin baik
Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.
[RESOURCES : BABYCENTER]
[RESOURCES : BABYCENTER]
Friday, January 13, 2012
Perkembangan bayi anda pada usia 7 Bulan
Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.
Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.
Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.
Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.
Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.
Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.
Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.
Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

Saturday, January 7, 2012
Jom Canti kan Blog
Anda dah ada blog? Tapi blog anda tak ada benda yang menarik? Kalau anda nak tutorial cantikkan blog, pasangkan widget untuk jadikan blog lebih menarik dan cantik. Tapi elakkan dari masukkan widget terlalu banyak sampai loading blog jadi lambat.
Bila nak loading blog terlalu lama akan menyebabkan pelawat lebih cepat untuk tinggalkan blog kita. Ingat, loading blog memainkan peranan untuk lebih mesra. Seboleh-bolehnya kurangkan javascript sebab javascript la yang jadikan blog lembab.
Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:

Senarai Widget Blog:
- Rating - http://www.blogorator.com
- Form ke Email - http://www.emailmeform.com
- Chatbox - http://www.cbox.ws
- Shoutmix - http://www.shoutmix.com
- Favicon - http://www.deviantart.com
- Feedjit - http://feedjit.com
- Flag Counter - http://s03.flagcounter.com
- Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com
- LinkWithin – http://www.linkwithin.com
- Map - http://www.feedmap.net
- Mybloglog - http://pub.mybloglog.com
- Free Domain - http://www.zonestraits.com
- Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com(Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita)
- Waktu Solat - http://www.waktusolat.net
- Online User - http://www.widgeo.net (Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita)
- Feedburner - http://feedburner.google.com
- Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my (Boleh buat duit dengan menulis blog)
- Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com (Boleh buat duit dengan menulis blog)
Formula pengurusan kewangan
- Formula pengurusan kewangan ni memang sudah di kaji & ianya sangat berkesan sekiranya anda dapat mematuhi & mendisplin kan diri anda dengan formula ini.
- Formula ini boleh di gunakan oleh sesiapa pun terutama bagi mereka yang sudah berpendapatan. Ini kerana kebiasaanya bila dapat gaji je, tak sampai hujung bulan duit dah habis. Tak tau ape yang sudah di belanjakan??
- InsyaAllah dengan menggunakan formula ini anda akan dapat membelanjakan kewangan anda dengan cara yang sangat efektif.
- FORMULA PENGURUSAN KEWANGAN:
60% - Perbelanjaan
20% - Cover saving
10% - Simpanan tetap
10% - Hiburan
- PENERANGAN:
So, boleh lah anda menggunakan formula ini dengan jaya nya. Harus anda pastikan jangan sampai perbelanjaan anda melebihi 60% daripada pendapatan bulanan anda...Bila terlebih sangat itu yang jadi tak cukup..Biasanya ni bagi orang-orang yang suka berhutang..Banyak sangat buat personal loan, kad kredit.. Hargai lah duit anda, jangan belanjakan dengan benda yang sia-sia dan jangan berbelanja mengikut hawa nafsu.Cukup sekadar mengikut keperluan..SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA...60% Perbelanjaan - Maksudnya perbelanjaan tetap seperti makanan, pakaian, bayar hutang rumah atau kereta atau personal loan, duit untuk ibu bapa, perbelanjaan anak-anak dll.
20 % Cover saving - Maksudnya duit ni boleh di katakan untuk simpanan juga tetapi boleh di gunakan untuk emergency cases atau perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan rutin seperti maintenance atau roadtax kereta, anak-anak dapat tawaran belajar dll.
10% Simpanan tetap - Maksudnya simpanan yang tidak boleh di gunakan. Boleh di katakan simpanan ni untuk anda di masa hadapan atau hari tua anda.
10% Hiburan - Maksudnya untuk hiburan anda. Hidup ni akan jadi bosan sekiranya tiada hiburan. Hiburan ni seperti berjalan-jalan, tengok wayang, makan-makan dll.
TERBAIK di MELAKA - Coconut Shake
Kenangan bersama coconut shake...bessstttt......... |
Ini nak bagitau skit ape yang terbaik sangat kat Melaka ni...Haaaa...selain banyak tempat-tempat menarik untuk di kunjungi seperti Menara Taming Sari, Eye on Malacca, naik bot, tempat2 bersejarah, kedai barangan antik & lama-lama, duck bot....erm banyakla lagi tempat best...Rugi kalo tak pegi...Average untuk entrance fee biasa dalam RM 10 sorang..
Haaa...nak cerita pasal makan ni, ada satu kedai makan yang popular kat Melaka ni...Kedai ni jual coconut shakessss best punye...orang yang nak beli untuk bungkus pun sampai sanggup beratur panjang nak menunggu...layanan die pun ok untuk orang yang nak bungkus & makan kat kedai tu...Kalo korang lalu kat area kedai tu, mesti orang terperanjat punye..."apa yang ramai sangat tu"...
Selain cocconut shake, dia ada jual nasi lemak bungkus & goreng2 kuih muih la..Harga tak mahal, macam biasa antara RM 1.80 ke RM 2.50 secawan...Tapi memang sedap die punye coconut shake..rugi tak try kalo dah sampai Melaka..
Kedai ni dekat area jalan nak ke masjid tanah tapi lalu Pantai Klebang, sebelah kedai minyak...shell atau caltex macam tu la...So, Selamat mencuba...besssssstttt punyeeee...
Makan Seafood TERBAIK di SABAK AUR, MUAR
Bagi sape sape yang berada di area Muar, Johor, jangan ketinggalan untuk mencuba seafood terbaik di Medan Selera Ikan Bakar Sabak Aur, Muar...Besssttt punye...Kat medan selera ni kene pandai cari kedai sebab banyak kedai kat situ...saya syorkan kedai no.7 & no.9 sebab ramai orang yang makan kat kedai ni...kedai lain kurang la skit...Harga seafood mengikut pasaran...
Kalo nak pegi, tempat ni terletak di sepanjang jalan nak ke Melaka dari Muar...tapi bukan lalu bandar, lalu jalan yg ada jambatan baru Muar..Simpang nak masuk kedai tu sebelum jambatan tu kalo dari Muar...Nanti dah masuk simpang terus je ke dalam...nanti ada signboard...
Makan tengahari yg popular di Pasir Gudang
Semalam aku ikut husband pegi buat keje kat area Pasir Gudang. Nak di jadikan cerita masa waktu tengahari kitaorg berada di Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih. Jadi bila lalu dekat area tu, adala satu kedai makan macam best je..org2 kat situ pun kata memang best pun makan kat situ.. tapi aku rasa tak la sedap sangat sebab rasanya aku penah pegi makan kat situ. Kalau tak silap masa tu ada ikut lawatan akademik..Tapi laki aku ni beriya-iya sangat nak makan kat situ bila tengok ramai sangat orang yg makan kat kedai tu.. apa yang istimewanya sangat????? Ada orang kata ada makan ikan siakap..Dalam hati aku...ermmmm mesti mahal makan kat sini..biasala kalau kata ikan siakap mesti la dalam RM20 ke atas seekor..tapi ramai sangat yang datang..murah ke?? Husband aku tak boleh dah di halang kenginan nya nak makan kat situ..ok la tak kisah kitaorg cuba.
Yang problemnya sekarang ni kitaorg tgh tak ade duit tapi nak makan yang mahal2 pulak.. Dalam tangan cuma ade RM50..ATM tak ada pulak dekat2 dengan area situ...Ermmm kalau ada ATM pun ada ke duit dalam bank tu...duit claim husband aku dah la tak masuk lagi...hai sedih pulak nak makan tak ade duit tapi tak sedar diri nak makan tempat yang mahal...lain la tengah masyuuukk...nak makan ape pun boleh..
Jadi bila sampai dalam kedai makan tu, aku relax je tapi husband aku ni jadi excited & gelabah pulak tak tau nak pilih lauk ape bila dah tengok terlalu ramai sangat org yang makan kat situ...Org2 yang makan kat situ pun gayanya boleh tahan jugak..macam businessman/woman je.....Jadi husband aku pakai tunjuk je nak lauk ape..Tapi yang aku hairan kata ada ikan siakap tapi mane?? X ada pun dekat tempat lauk2 tu..Jadi pilih auk ape2 jela. Bila masa kitaorg dah duduk kat meja tiba2 ada pelayan tu hantar ikan siakap punya la besar...ada ke kitaorg order ikan tadi ..rasanya tak ada...tapi husband aku kata relax je dulu..so aku pun relax la tapi tak sedap hati jgak...Bila tengok meja2 org lain semua ada ikan siakap...agaknya ini la keistimewaan kedai makan ni...asal makan je kena ada ikan siakap...tak payah order pun die bagi...Tapi dalam hati "ushhh besarnya ikan siakap ni, makan cuma 2 org je...berapa harganya ni...mesti mahal...cukup ke duit ni??? "Haa kitaorg pun dah jadi gelabah...huhuuhu...
Jadi dengan muka xmalu kitaorg panggil la pelayan tu.."kak, tak ada ikan yg kecik skit ke?? Besar sangat la ikan ni...kitaorg cuma berdua je"....cehh alasan je makan berdua padahal takut tak cukup duit....Akak tu lalu berkata. "Ikan kat sini sume standard dik, besar ke kecik sama je semua harganya, kalau tak abes boleh bungkus"....Jadi ape boleh buat makan jela...abes jgak akhirnya...hehehe
Bila masa nak bayar aku dah takut je tak cukup duit.....Bila Pelayan tu cakap, "semuanya RM38"...fuuuhhhh lega skit cukup duit nak bayar, ingatkan tal cukup....Harga ikan siakap tu RM 28 pastu ada + + + lauk lain la denagn air..bila nak balik ke kereta tergelak sendiri la.. ada jgak org macam kitaorg ni, tengah tak ada duit tapi nak makan sedap & mahal....aduhhhh kelakar la.....
Pengajarannya lain kali jangan la buat macam ni lagi...kalau tengah tak ada duit tu makan makan la yang berpatutan je...nanti bila duit dah ada baru la boleh la makan mahal2...
Bagi sesiapa yang nak cuba, kedai makan ni ada dekat Jalan Pantai, Kg Pasir Putih, Pasir Gudang...Kedai Makan Rahmat...untuk lunch hour je dari pukul 10.00 a.m hingga 3.30 pm...hari2 buka...Apa yang istimewanya kat kedai ni????Lauk biasa je rasanya cuma setiap kali makan memang ada ikan siakap, tak kira kita order ke tidak...So, Selamat mencuba....
Friday, January 6, 2012
Pengalaman bersalin anak sulong ku
Finally aku telah berjaya melahirkan seorang lagi hamba ALLAH...Alhamdulillah...so nak cerita skit pengalaman aku pada saat terindah itu..Semoga pengalaman aku ni boleh di jadi kan info kepada semua kaum wanita mahupun suami yang bakal menimang cahaya mata terutamanye anak sulong macam aku ni.
Due date aku di jangka 20 May 2011..Pada hari rabu, 18 May 2011 waktu tengahari perut dah mula sakit-sakit macam kontrasi tapi tak menjangka la yang tu sakit tanda nak bersalin sebab aku ni memang suka sakit perut..banyak angin..tapi sakitnya tu macam berulang ulang dalam 1 ke 2 jam sekali....kebetulan husband cuti aritu....bagitau die tapi die pun wat tak kisah je sbb ingatkan sakit perut biasa...
Bila petang tu dah tak rasa sakit perut...masa nak mandi petang tu la tengok kat seluar dalam ada lendir merah- merah tapi tak merah sangat la...hati dah berdebar masa tu tp sakit perut dah berhenti...terus bagitau husband, husband pun tak tau nak buat ape...relax dulu....pastu terus tepon akak aku tanya kat die..die kate mungkin betul tu tanda nak bersalin, jadi kena sentiasa waspada...Pastikan skala kontrasi sbb takut takut cume sakit perut biase.
Lepas magrib aku & husband sempat lagi pegi ngeteh/makan kat luar dulu untuk tenaga kalau nak bersalin nanti...then sempat lagi pegi ke JUSCO cari topi baby sbb aritu terlupa nak beli..tapi masa kat JUSCO tu macam rase dah tak larat nak berjalan, rasa badan macam berat je.
Balik je rumah terus sembahyang isyak & hajat mintak di permudahkan segalanya...pastu sempat tengok tv...Masa tu la kontrasi datang balik..dalam stengah jam sekali..tapi aku masih tak yakin lagi nak bersalin masa tu...lepas tu makin cepat dalam 15 minit sekali...masa tu da pukul 11 malam, tak sedap hati...nak pegi hospital ke tak? sbb malas la kalau lame lame duk wad tu...
Pastu amik keputusan tunggu sampai kul 12 malam...tungu punye tunggu nampaknya memang btul2 nak bersalin ...terus amik barang2 yang dah pepare awal awal aritu terus g hospital...sampai hospital dah pukul 12 lebih, terus g kaunter bersalin cakap da kuar tanda nak bersalin...so nurse pun suruh masuk bilik rawatan untuk cek bukaan..terkejut pun ade..ingatkan macam mane nak cek bukaan tu...aduh rupe2nya kena seluk...Tuhan je yg tau...degupan jantung baby pun di cek dlm stengah jam la....pastu doktor kata da boleh masud wad sbb bukaan dah 3cm..alhamdulillah dapat masuk wad 1st class, selesa skit..
Masa masud wad tu dah pukul 2 pagi...husband tak di bagi menunggu dlm wad...mula2 husband kate nak balik rumah esok pagi datang balik tp aku suruh jgak tunggu kat hospital...so my husband pun tdo la kat dlm kereta...
Masa kat wad tu kontrasi semakin kerap dalam 10 min sekali dan semakin sakit...bagitau nurse cakap perut semakin sakit, nurse suruh g cek dengan doktor kat bilik rawatan...bila jumpa doktor die pun cek lagi bukaan...so kena la seluk lagi.. dah la doktor laki india...aku pun buang la segala rasa malu sbb da sakit sangat..bila cek bukaan dah 6cm...cepatnya..so doktor kate da boleh pecahkan air ketuban... nak pecahkan air tu kena seluk lagi & doktor suruh aku batuk, barulah pecah air ketuban..hangat rasanya..
Lepas tu nurse terus bawak aku ke bilik bersalin...sebelum tu kena bawak baju baby, pampers & selimut...tepon husband suruh naik ke bilik bersalin...masa tu dah pukul 4.30 pagi... masa kat bilik bersalin nurse buka semua kain & suruh relax dulu...kena masuk air pulak...yang aku pelik nurse xbagi aku minum air selusuh sedangkan org kate air selusuh tu kena minum untuk senang bersalin...rupe2nya air selusuh tu hanya lah untuk menguatkan kontrasi supaya kita cepat bersalin tapi yang bahayanya ditakuti kontrasi da semakin kuat tapi bukaan lambat pulak...tu yang terasa sakit yang teramat...
Kontrasi semakin kerap & semakin sakit sangat2...rasa dah tak tahan macam nak meneran je masa tu. ...macam nak berak.....Masa tu dah tak ingat apa, aku meraung kesakitan..selawat banyak2...ayat kursi memang tak putus dari mulut ni...nurse suruh guna oksigen untuk kurangkan rasa sakit tapi bagi aku tak ada ape2 kesan...tetap sakit jugak.
Tak lama tu tiba2 husband aku datang masuk bilik bersalin...Dia ingatkan aku dah bersalin tapi rupe2nya aku tengah dalam kesakitan...nurse suruh abg pujuk aku biar tak menangis & meraung...aku pun apalagi menangis la mengadu dengan abg..."abg tak tahan sakit sangat"...abg pun tak boleh nak buat ape cume usap2 muka,.suruh selawat banyak..die pun kate da maapkan semua..
Lepas tu nurse pun suruh abg keluar...maka bermula lah proses kelahiran...masa tu dah pagi jgak...aku pun macam dah ngatuk2 bercampur sakit....nurse suruh aku teran, aku pun teran la tapi aku macam dah tak larat...nafas aku macam tak sampai...baby dah nak kuar dah tapi bila aku sedut nafas balik baby termasuk balik....ada la dalam 2 ke 3 kali aku meneran tapi tak berjaya.....masa tu aku tak perasan bila masanya nurse gunting laluan baby nak kuar tu...aku sampai dah tak rasa sakit di gunting sebab sakit nak bersalin lg la sakit...Lepas tu ada sorang nurse datang terus angkat kepala aku, aku pun terus teran sekuat hati...alhamdulillah akhirnya aku berjaya melahirkan anak aku pada pukul 6.17 pagi 19 may 2011...pastu nurse tunjukan jantina baby kat aku...aku pun cakap la perempuan....masa tu dah lembik sangat badan...
Sementara nak gunting tali pusat, baby diletak kan atas perut aku..lepas siap potong tali pusat...uri pun dah di keluarkan nurse terus bawak anak aku untuk di bersihkan....aku masa tu macam tertido pulak..sedar2 aku rasa sakit rupe2nya nurse tengah jahit bahagian yg di gunting tadi...sakitla jgak tp lg sakit nak bersalin...lepas siap jahit aku di biarkan rehat & tido semula dalam bilik bersalin tu.
Dalam pukul 7 lebih abg pun masuk aku pun tersedar dari tido...abg ucap selamat hari ibu pada aku sbb kebetulan masa tu kan hari ibu....aku tengok muka abg sangat gembira...abg pun terus jumpe nurse untuk azan kan baby...masa abg tengah tengok baby aku pun di salinkan baju pastu siap2 nak masud wad balik...on the way nak masuk wad tu aku baru lah di bagi minum air milo...nurse yg buatkan...kering sangat tekak masa tu..baby pun ada dengan aku jugak nak masud wad...
Sampai kat wad masa tu anak aku tengah tido lg, tak lama tu die menangis...aku pun cuba susukan badan tapi malangnya air susu badan tak kuar lagi..jadi setiap kali anak aku nak menangis aku letak kan setitik air masak kat mulut die biar tekak die tak kering...sampai la mak & abah datang tengahari, baru la mak bagi susu formula kat anak aku...berselera anak aku minum...lapa agaknya...cian anak aku...bila doktor datang cek die kata boleh balik petang tu jugak kalau aku tak de pening2 ke sakit perut ke...bila baby dah kencing & berak...bila aku cek anak aku dah kencing & berak, so doktor kate aku boleh kuar petang ni jugak...sebelum balik tu doktor cek dulu jahitan aku...die seluk lagi...sakit rasenya...tapi tahan jela...doktor pun kate jahitan aku ok boleh potong nama & balik...So petang tu aku pun terus balik ke batu pahat...ermmmm macam tu la pengalaman aku bersalin...
Kepada semua kaum wanita...jangan takut nak mengandung & bersalin sebab bersalin tu adalah satu nikmat yang Allah bagi pada wanita...terampun lah segala dosa2 kecil...
Majlis Perkhawinan (Pengantin perempuan)
Tanggal 13 June 2010, berlansung lah Majlis Perkhawinan antara Bahar & Harita serta Amran & Harnida. |
Harnida |
Harita |
Rombongan pengantin lelaki dari rumah tumpangan sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan. |
Amran |
Bahar |
Sebelum naik ke rumah pengantin lelaki di persembahkan dengan seni silat |
Harnida & Amran |
Bahar & Harita |
Bertemakan gabungan warna ungu & kelabu. |
Kelabu tanda kedamaian |
Ungu tanda kerohanian |
Acara memotong kek semasa Makan Berdamai oleh kedua-dua pasang pengantin |
Kenangan bersama keluarga Bahar |
Kenangan besama keluarga Amran |
Kenangan bersama kawan2 |
Kenangan bersama teman2 |
Kenangan bersama keluarga pengantin perempuan |
Rombongan sebelah Bahar |
Rombongan sebelah Amran |
Subscribe to:
Posts (Atom)