Labels

Monday, February 6, 2012

Senaman Ketika Mengandung




Senaman ketika hamil mempunyai banyak manfaat. Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.

Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.
Bersenam juga dikatakan antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah kurang selera makan yang dihadapi sesetengah wanita hamil. Ini kerana badan menggunakan banyak tenaga ketika bersenam yang secara tidak langsung memperbaiki selera makan seseorang bagi menggantikan balik tenaga yang digunakan.
Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).
Jenis senaman pula mesti bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan saja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.
Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.
Senaman yang perlu dielak ialah:
* Berlari atau berjoging.* Senaman regangan keterlaluan.* Senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut.* Angkat berat.* Gerakan pusingan pinggang.
Untuk mengetahui kaedah senaman betul, ada baiknya anda menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil. Selepas mendapat tunjuk ajar, ia boleh dipraktikkan di rumah dengan diselangselikan senaman aerobik yang biasa dilakukan seperti berjalan cepat, berbasikal, menari atau berenang.
Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.


Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil.
Jika anda menyertai program senaman, jurulatih akan merangka jenis senaman yang sesuai dengan keperluan setiap individu supaya senaman lebih berkesan dan mengelak kecederaan atau boleh membahayakan kandungan.
Bersenam selepas bersalin juga penting untuk meningkatkan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengembalikan bentuk badan asal.
Senaman boleh dilakukan enam minggu selepas bersalin (bagi yang bersalin normal). Jika bersalin secara pembedahan, pastikan luka bedah benar-benar sembuh (biasanya antara empat hingga enam bulan) dan paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Walaupun bersenam ketika hamil banyak manfaatnya, bukan semua orang boleh melakukannya.
Jika tidak berpeluang ke pusat senaman atau gimnasium, anda masih boleh bersenam di rumah. Senaman paling selamat dan bermanfaat ialah berenang, berjalan cepat, mengayuh basikal statik (dalam rumah) atau menari. Setiap orang tahu had diri sendiri. Lakukan senaman sekadar yang anda mampu. Bila anda aktif, secara tidak langsung anak juga jadi sihat. Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.

Sunday, February 5, 2012

40 Minggu Nan Indah Tentang Anda & Bayi

MINGGU 1
Bayi : 8 hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadiranya di dalam rahim.
Anda : Anda di galakkan maka lebih banyak asid folik iaitu 400 microgams (mcg) sehari. Asid folik di perlukan untuk menghasilkan sel daah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

MINGGU 2
Bayi : Blastcyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastocyst di sauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengadungi asid folik, besi dan kalsium termasuk lah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

MINGGU 3
Bayi : Selepas 3 minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2mm. Gen mula membentuk 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan.

MINGGU 4
Bayi : Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakan ketidakselesaan seperti sakit belakang, suka tidur, sembelit dan keletihan.

MINGGU 5
Bayi : Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda : Suhu badan yang terlalu panas menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti sepeti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

MINGGU 6
Bayi : Jantungnya kini sudah mula terbentuk dan mula berdeyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jai kelengkeng dan pergerakkan nya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda menjadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok dan mengelupas.

MINGGU 7
Bayi : Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dlam masa itu, ulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

MINGGU 8
Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mulatebentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian bekembang, bayi sudah pandai bergerak dan menendang. Walaubagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda : Perubahan bentuk fizikal mula dialami. Puting dan payudara anda mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga semakin banyak.

MINGGU 9
Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda : Berat badan mula betambah. Anda di galakanuntuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

MINGGU 10
Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

MINGGU 11
Bayi : Majoriti organ bayi sudah mula terbentuk. Kini bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

MINGGU 12
Bayi : Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Benttuktubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk, temasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda : Berat badan anda akan bertambah kira-kira 1/4 daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.

MINGGU 13
Bayi : Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakan bibirnya sebagai persediaan untuk meransang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda : Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perut anda 'buncit'. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

MINGGU 14
Bayi : Organ-ogan bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat meningmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukanlah perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

MINGGU 15
Bayi : Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antaa yang palinh jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda :Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi tidak hairan lah ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

MINGGU 16
Bayi : Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa untrasound dilakukan.
Anda : Pada saat ini anda sepatutnya asa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasakan pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap dibawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

MINGGU 17
Bayi : Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai csp jsrinys sendiri.
Anda : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar disamping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

MINGGU 18
Bayi : Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mulapeka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalaman hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

MINGGU 19
Bayi : Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul.Anda : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat hals juga mula kelihatan pada muka anda.

MINGGU 20
Bayi : Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi ada setengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesanya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang di kenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

MINGGU 21
Bayi : Si kecil kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salhnya jika and amula mencari nama terbaik untuknya.
Anda : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

MINGGU 22
Bayi : Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberansangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda : Minum lah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang di awet. Jus oren membolehka mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

MINGGU 23
Bayi : Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhi minggu kehamilan. Proses ini di namakan oedema.

MINGGU 24
Bayi : Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkan nya. Degupan jantung bayi sudah boleh di dengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi aingin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda : 4 % daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis pada minggu ini.

MINGGU 25
Bayi : Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan mula timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakan bacaan tentang kehamilan.

MINGGU 26
Bayi : Mula belaja bernafas. Tetapi pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi berada di kedudukan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda : Anda berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan ole saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

MINGGU 27
Bayi : Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa.
Anda : Anda mungkin menghadapi beberapa penyaki biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

MINGGU 28
Bayi : Pada usia ini, bayi sudah cuku sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini bedegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakan rasa melekit.

MINGGU 29
Bayi : Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh uang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda : Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini carq tidur yang betul penting untuk memastikan anda bepeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

MINGGU 30
Bayi : Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

MINGGU 31
Bayi : Kini dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mula berlaku sekiranya andak tidak berhenti bergerak. Jadi banyakan berehat. Jika waktu malam anda kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

MINGGU 32
Bayi : Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di pemukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

MINGGU 33
Bayi : Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya denan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda : Kenaikan berat badan anda kini terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

MINGGU 34
Bayi : Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensetif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janjn kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda : Tekanan darah munkin akan meningkat agak tinggi. Jdi jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

MINGGU 35
Bayi : Tulang kepalanya lembut dan mdah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia sudah tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiap yang akrab agar rasa gementar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontrasi boleh bermula pada bila-bila masa. Besiap sedia dari sekarang.

MINGGU 36
Bayi : Kontrasi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap. Itu bukan tanda hendak bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal ahim juga rasa sakit akibat tekanan yang di buat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan di jalankan setiap minggu mulai sekarang.

MINGGU 37
Bayi : Bulu pada bayi anda mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang di namakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.
Anda : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk betanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ingin membantu anada menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

MINGGU 38
Bayi : Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda : Sentiasa dengan perubahan diri. Pastikan tanda tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu membuat kerja kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang di simpan itu dapat di gunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

MINGGU 39
Bayi : Pada peringkat ini , anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda : Masa kini telah tiba. Rasa sakit kontrasi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

MINGGU 40
Bayi : Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda : Anda mula terasa tanda tanda sebelum bersalin, sakit belakang, sakit seolah olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontrasi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

**Info di atas ini adalah sebagai panduan selama anda mengandung. Tetapi jangan risau sekiranya apa yang anda alami tidak sama seperti panduan di atas kerana setiap orang, lain pengalamannya. Anda boleh merujuk kepada Doktor anda untuk mendapat kepastian.**




Saturday, February 4, 2012

Contoh Resume





HARITA BINTI MOHD HUSIN
PERSONAL PARTICULARS
IC NO : 870926-XX-XXXX
ADDRESS : No. 1, Jalan Pulai XX, Taman Pulai Utama, 81110 Johor Bahru.
TELEPHONE NO : 017-XXXXXXX
E-MAIL ADDRESS : tamon_tamonoye@yahoo.com
AGE : 25 years
DATE OF BIRTH : 26 September 1987
PLACE OF BIRTH : Batu Pahat
MARITAL STATUS : Married

OBJECTIVE
“To be a versatile person and gain as much of experience in order to be a good worker, which put high responsibilities of work and duties.”

WORKING EXPERIENCE
COMPANY : Concept Z Consultants
DESIGNATION : Trainee
PERIOD : Jun 2009 – Nov 2009
DESCRIPTION : - Prepare full sets of accounts for company by using UBS accounting.

COMPANY : Ganesh Kumar & Co
DESIGNATION : Audit Assistant
PERIOD : May 2010 – Oct 2010
DESCRIPTION :
- Performed audit techniques such as vouching, tracing and test of control.
- Writing up company accounts by using UBS accounting.
- Prepare tax computation for company by using BIZZTAX.

EDUCATIONAL BACKGROUND
UNIVERSITY : UiTM, Malacca Branch
YEARS : 2006 - 2010
ACHIEVEMENTS : CGPA 3.08

COLLEGE : Mara College Kuala Nerang, Kedah
YEARS : 2005 - 2006
ACHIEVEMENTS : CGPA 3.39

SCHOOL : Sek Men Keb Penghulu Saad
YEARS : 2002 - 2004
ACHIEVEMENTS : SPM - 2A1, 1A2, 1B4, 3C5, 3C6, PMR - 1A, 4B, 3C

ACTIVITIES
1) Biro tugas-tugas khas Program Solat Hajat, UiTM Malacca Branch, 2007.
2) Participant in Program Kecermerlangan Diri Memperkasa Modal Insan, Membina Mahasiswa Terbilang, 2007.
3) AJK Program Lawatan Akademik Ke Johor Port, UiTM Malacca Branch, 2009.

SKILLS
COMPUTER : - Microsoft Word, Excel, Power Point
- UBS Computerized Accounting
- Mind Own Your Business (MYOB)
ABILITY : - Basic management skills
- Hard working and self motivation
- Meticulous in work and independence
LANGUAGE : - Bahasa Malaysia : Spoken - Very excellence
Writing - Very excellence
- English : Spoken - Average
Writing – Average
EXPECTED SALARY
RM 1,500 – RM 2,000 (negotiable)
REFERENCES
NAME : Pn. Siti Fatimah Noor Binti Minhad
RELATION : Bachelor Of Accountancy Programme Coordinator
TELEPHONE : 012- xxxxxxx / 06 – xxxxxxx

Professional Programmes in Accounting


CAT : CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIANS
DIA : DIPLOMA IN ACCOUNTING
DAIS : DIPLOMA IN ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM
DIA/BAcc : FAST TRACK DIA TO BAcc (HONS)
BAcc (HONS) : BACHELO OF ACCOUNTANCY (HONS)
CPA (AUST) : CERTIFIED PRACTISING ACCOUNTANTS (AUSTRALIA)
MICPA : MALAYSIAN INSTTUTE OF CERTIFIED PUBLIC ACCOUNTANTS
MIT : MALAYSIAN INSTITUTE TAXATION
CIMA : THE CHARTERED INSTITUTE OF MANAGEMENT ACCOUNTANTS (UK)
ACCA : THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (UK)