Labels

Monday, October 29, 2012

NASI AYAM PALING SEDAP

Salam 1Malaysia....
Raya korban yang lepas sy pulang ke kampung di Batu Pahat..2hari kat  rumah Pt. Sulong, sehari kat rumah Pt. Yaani...Biaslah bila hari raya je makanan ketupat la , rendang la, sup daging la....ermmmmm bosan hari2 makan benda sama je...Jadi bile balik umah mak mertua je husband ajak makan luar...

Ni la topic yang sy nak kongsikan sebenarnya...hehehe...sy makan nasi ayam paling sedap pernah sy makan selama sy pernah hidup ni..hehe...Actually nampak macam biasa je tp bila makan memang sedap giler...Kalau nak tahu kat mana area kedai makan ni...haaa dekat trafic light Pt. Yaani tepi jalan raya besar...warung tu nampak biasa je, tak mewah pun macam restoran pun..warung tu berderet dengan warung lain...Warung yg sy maksudkan ni hujung sekali dekat dengan trafic light...nama kedai tak tau pulak..Harga nya pun berpatutan RM 4.50...

So lepas ni u all semua boleh la try kalau kebetulan lalu kat sana..memang sedap...Selain nasi ayam, dia ada jual menu lain juga macam soto, rase soto dia pun sedap jugak la sbb mak mertua sy makan sampai licin tuuuu...hehe...sy makan ayam dia masa tu....

Selamat mencuba

SUKA PINJAM TAPI TAK SUKA BAYAR!!!

Friday, October 26, 2012

LEGOLAND MALAYSIA, 1st in Asia

Salam 1Malaysia....
Kali ini sy nak berkongsi satu lagi tarikan terbaru di johor bahru iaitu Legoland Malaysia yg merupakan legoland pertama di Asia..Ini adalah satu lagi kejayaan Malaysia dalam sektor pelancongan.

Legoland ni terletak di Nusajaya, Johor Bahru..Memang best tempat ni rugi kalau tak pergi sebab orang yang datang ni pun kebanyakan nya  dari luar negara..Orang Malaysia jangan cakap la..Tapi kan ini sy punye personel opinion la, harga tiketnya macam tak berapa sesuai dengan permainan yang ada..Rasanya more to child kot...sebab sy pegi dah dua kali tp lom main ape2 lg sebab xda org nak jaga anak...huhuhu

Rezeki sy la dapat beli tiket masa tengah ada promosi, so dapat murah rm195/person..Kalau nak ikut normal price  untuk dewasa rm278, kanak kanak n orang tua rm 150 untuk tiket tahunan la.

Kat sini sy sertakan timetable on/off legoland untuk tahun 2012.. So, jangan tersilap pegi plak.


Monday, September 24, 2012

SUSU FORMULA TERBAIK

Semenjak menjak ni sy pening memikirkan apa susu terbaik untuk anak sy yg berusia 1 tahun 5 bulan....Actually baru2 ni anak sy berak2 cair, so sy ingat mungkin susu yg sebelum ini dah tak sesuai dgn umurnya..Then sy bercadang untuk tukar susu..Sebelum ni sy guna susu biolac keluaran era edar..

Sekarang ni sy mencuba susu annum sbb ramai yg mengatakan annum ni baik, tanpa gula tambahan..tapi ada juga yg cakap iklan susu annum ni mengelirukan...huhu...so sy harap sapa2 yg ada pengalaman ni, sila la berkongsi info..

Ada pula yg cakap semua susu baik tak kira murah ke mahal..apa yg penting sesuai dgn anak kita..

Mari lah berkongsi bersama sy..ribuan terima kasih kepada yg sudi berkongsi pengalaman anda..

Friday, September 21, 2012

Kurap mulut pada anak

Masa hari raya 2012 yg lepas ni anak sy yg berusia baru setahun 4 bulan telah terkena kurap mulut...Actually bukan kurap la, sbb doktor kata funges..Risau juga la sbb ingatkan kena jangkitan kaki, tangan dan mulut tu..tapi anak sy xmenangis, makan , minum susu semua selera aje..Ingatkan anak sy alergi makan kuih raya tu yg jadi macam tu.

Kurap mulut ni die macam mata ikan. dalam mulut tu ada putih macam gambar ni la tp ni bukan anak sy sbb xada ambil gambar aritu..gambar ni cari kat internet..so makin lama makin banyak tumbuh kat mulut anak sy..so pergi la klinik..tu la doktor kata jgn risau ni bukan jangkitan kaki tangan mulut tu tp ini kurap mulut..ia jarang terjadi pd budak..mungkin di sbbkan oleh ubat antibiotik..pastu baru ingat yg anak sy sebelum tu ada demam, mmg ada makan antibiotik ni.. So doktor suggest kan pakai ubat DAKTARIN ORAL GEL..Beli ubat tu kat famasi sbb kat klinik da abis..harga lebih kurang RM 28 lebih la.

Balik rumah je terus sapu kat mulut anak..Lepas 2hari sapu tu Alhamdulillah dah hilang benda yg putih2 dalam mulut anak tu.




Sunday, June 24, 2012

Haid tidak teratur dan berpanjangan

Salam sejahtera kpd pembaca blog ini. Kali ni sy akan kongsikan tentang masalah yg sering di alamai oleh kaum wanita iaitu masalah haid tidak teratur yg mana sy sendiri mengalami.

Baru baru ni kitaran haid sy tidak teratur, haid sy terlalu kerap baru kering seminggu dah datang lagi. Yg menambahkan stress tu darah cuma kuar sedikit je dan berwarna coklat. Sy mengalami situasi begini memang agak lama. Sy cuba mencari info info mengenai haid ini. Ada yg kata keguguran..cuak jgak..

Tapi bila jumpa doktor, sy di scan utk cek rahim, doc kate bersih. Pastu doctor leh cek kemaluan plak, macam org nak beranak tu..Doc kata tiada jangkitan kuman. Mungkin ini darah istihadah. Then doc pun bg ubat penstabil hormon kena makan dalam tempoh 21 hari, 2 biji sehari. Pastu kena exercise..So ni baru hari kedua.

Hari ni da msk hari ke 4, nampaknya macam ade keputihan keluar tp sedikit..Utk mengurangkan ketidak selesaan sy pakai pantiliner libress green tea.



Then doc pc bg ubat penstabil hormon kena makan 2biji sehari..pastu kene exercise.. So ini baru hari kedua. 

Monday, June 4, 2012

Anak menangis tak berhenti

Kali ni nk kongsi pasal anak sy semasa sakit..da 2minggu menangis tak bhenti.. Diam bila tido je,xnak makan, minum susu pun xnk..

2 minggu lepas ada jiran pengasuh anak sy ni meninggal..baby 6bulan..jadi die png la melawat dgn membawa la anak sy ni..bila ptg balik keje sy nak ambil anak, die pn cerita la..sy jd terkejut..knape die nk g melawat sedangkan mana boleh bawak baby g tempat majlis kmatian..sy xtau nak cakap ape..
Malam tu anak sy asik mnangis je..sudah ...nangis nye pn len macam je..esok pgnye anak sy da mula xselera minum susu, mkn bubur pn cume 2sudu je..
Jadi makin lame nangis anak sy makin teruk lak..telepon mak kat kg bgtau anak sy nangis aje..sy pun anak pertama xde pengalaman sgt..sebelum tu ade bawak g rumah mak dara, org pandai jugak la ubat bende mcm ni..mula mak dara kata sawan mayat..pastu die suruh amik ba ju budak yg mninggal tu, remdam air nye buat mandi..aku jd lg takut la bila suruh amik baju budak tu.

Bila pk balik xjadi amik la, try mandikan gune air tu je..da mandikan nampak xkurang jugak..lepas tu tepon mak kat kg, tya nak wat camne..pastu petang tu jgak makn abah datang bawa air ubat dr kg..org ygbawa kan air dr kg tu kata ada saudara terdekat pregnant sbb tu anak aku asik menangis je, tp sape yg pregnat, tya akak ipar n akak aku x pregnant pun..da ubat kan pakai air ubat dr kg kurang..malam tu afina asik menangis xbhenti..aku pnikut nangis d buatnya..


Monday, May 21, 2012

Punca haid lambat

Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon andadan seterusnya haid anda. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menggangu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah Kesihatan
Sakit secara tiba tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan atau sakit yg memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badandan seterusnya mengganggu haid.


Thursday, May 3, 2012

Tips memilih jantina bayi

Anak lelaki atau perempuan akan menjadi persoalan bagi mereka yang akan menimang cahaya mata. Pelbagai jawapan akan diberikan. Namun harus kita sedari, dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. 

Melalui pengalaman saya sendiri, saya  dan suami telah mencuba teknik kesuburan di mana saya  dan suami telah memilih hari ke-11 untuk bersama dan Alhamdulillah saya telah di kuniakan seorang anak perempuan. Tip - tip di bawah ini saya cari melalui pelbagai sumber dan dapat saya ringkaskan seperti di bawah. Antaranya:

1. Melalui kiraan bulan. 
Menurut kaedah ini yang sri di amalkan oleh masyarakat Cina, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan. Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama. 

2. Melalui kesuburan isteri.
Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.
Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12 selepas hari pertama haid. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung.

3. Melalui nilai pH dalam vagina
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya. 
Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh juga digunakan untuk mendapatkan anak perempuan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.

 4. Melalui pemakanan.
Hasil kajian juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih sodium (garam) seperti lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.
Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang banyak kalsium seperti makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.
Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.

5. Melalui tahap kepuasan isteri.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi atau isteri mencapai klimaks dahulu sebelum suami, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan suami akan mencapai klimaks dahulu sebelum perempuan, kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.

6. Melalui pemisahan benih X dan Y.
Menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.
Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur. Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.

7. Melalui kitaran Polariti
Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.
Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya. Apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.

Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati. SELAMAT MENCUBA...AMINN..

Perkembangan bayi anda pada usia 12 bulan

Langkah-langkah pertama bayi

Pencapaian bayi yang paling utama sudah hampir tiba – pada bila-bila masa di bulan ini bayi anda mungkin akan mula mengambil langkah-langkah pertamanya (sesetengah bayi tidak akan berjalan untuk beberapa minggu atau bulan lagi, jadi janganlah risau sekiranya status bayi anda belum lagi berubah kepada bayi yang boleh berjalan pada bulan ini). Kebanyakan kanak-kanak mengambil langkah awal mereka dengan berjengket sambil mengarah kaki mereka ke luar. Sudah tentu anda tidak mahu terlepas peluang untuk mencatatkan saat ini, jadi bersedialah dengan kamera anda. Pada waktu ini juga, bayi anda sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya.

Permainan baru bayi

Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. Sesetengah kanak-kanak pada umur ini sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama dua hingga lima minit – walaupun bayi anda mungkin lebih gemarkan permainan yang bukan jenis senyap.

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Memudahkan waktu tidur

Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.

Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan "urutan" yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir.

Sukar berpisah

Beberapa bulan kebelakangan ini, anak anda mungkin menunjukkan perangai meragam disebabkan bimbang berpisah. Ini perkara biasa: dia menyayangi anda dan memerlukan anda, jadi dia akan berasa tertekan apabila anda meninggalkannya. Untuk memudahkan proses pemisahan, cuba minta pengasuh datang lebih awal supaya bayi anda mempunyai masa untuk membiasakan diri dengannya. Tinggalkan dia secara bersahaja saja dan jangan menyulitkan keadaan dengan memanjangkan ucapan selamat tinggal anda; lakukannya dengan cepat, iaitu hanya dengan satu ciuman. Bayi anda akan berhenti menangis apabila anda hilang dari pandangannya.

Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia.

Lebih memahami bahasa

Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi nama kepada benda-benda

Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka.

Saturday, March 31, 2012

AYAH JAGA ANAK

Nak cerita a story la masa my husband jaga my daugther's, Afina. Masa tu saya xde kat rumah sebab buat keje part time buat akaun dekat UTM. Masa tu hari sabtu pengasuh memang xjaga, dia cuma jaga hari isnin sampai jumaat.

So pagi2 lagi saya dah keluar, tinggal la dua beranak tu kat umah. Sebelum tu saya dah pesan kat my husband lepas ni bagi nestum, kalau Afina berak bersih kan. My husband pun said OK dgn muka yang tensen je. Yela mana xtensen kena jaga anak, before ni memang xpernah jaga, selalunya saya jela yg jaga. Suruh belajar jaga anak xnak, haa sekarang bila dah terpaksa kena la buat kan. Lagi pun Afina dah 11bulan, so xdela la susah sangat nak jaga, cuma tgh nakal2 tu jela.

Jadi bila saya balik ke rumah semula dah tengahari jugak la, mak tuan rumah bersepah dengan mainan..padahal pagi tadi saya dah kemas siap2..erm ok xpela yang tu. Pastu tengok Afina dah tukar baju. Saya tanya kat husband, kenape tukar baju, my husband cakap Afina berak..Oh My God, xdapat saya bayangkan macam mane die cebok kan Afina. Die kata die buat macam saya selalu buat la, terus cuc dalam bilik air.. Saya tanya kat die lagi bersih x cebok kan. Die kate 'bersih kot'. So saya pun cek balik la.

Tengah nak buka seluar,saya tergelak sangat... Ya Allah abg, ni la kalau xpernah nah ambil tau pasal jaga anak ni.. Ada ke my husband pakai kan pampers terbalik , yang depan kat belakang, yg belakang kat depan...aduuhhh..kesian pun ada jugak...

Bila dah tau salah my husband pun cakap."abg tadi tepikir jugak yang pelekat tu kat belah depan ke belakang..tgk macam ok je pakai je la....

Nila la akibatnya kalau xpernah nak tgk isteri uruskan anak...

Friday, March 23, 2012

WHEN YOU ENTER THE INTEVIEW ROOM

DO AND DON'T !!!
  • Great everybody in a friendly manner.
  • Don't sit down until you are told to.
  • Take care of your body posture.
  • Maintain eye contact with your interviewer.
  • Show you interest in the job
  • Don't play with your hair, clothes, pen or notebook etc.
  • Try to bring interviewer on a subject where you have a good command.
  • Be positive - In particular, avoid negative comments about previous employers if you had one.
  • Listen carefully to what the interviewer is asking about and if you don't understand the question then ask the interviewer to repeat the question again politely.
  • You will be given a chance to ask questions. Thus you should prepare ask some questions to the interviewers.
  • Finally, express your gratitude to the interviewers.
  • Put all your certificates properly and take them along with you.

Saturday, March 17, 2012

Perkembangan bayi anda semasa usia 11 bulan

Berdikari secara fizikal

Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.

Buku untuk si pembaca kecil

Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.

Membentuk peribadinya sendiri

Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.

Tiba masanya untuk menetapkan batasan

Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

Bercakap tak terhingga

Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.

Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya.

Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan

Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.

Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.

Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.

Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, mungkin anda akan mendapati bahawa bayi anda akan mengambil sedikit masa sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor menilai perkembangan kanak-kanak pramatang dari waktu dia sepatutnya dilahirkan dan menilai pencapaian kemahiran tertentu sewajarnya.

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan

Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.

Monday, February 6, 2012

Senaman Ketika Mengandung




Senaman ketika hamil mempunyai banyak manfaat. Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.

Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.
Bersenam juga dikatakan antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah kurang selera makan yang dihadapi sesetengah wanita hamil. Ini kerana badan menggunakan banyak tenaga ketika bersenam yang secara tidak langsung memperbaiki selera makan seseorang bagi menggantikan balik tenaga yang digunakan.
Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).
Jenis senaman pula mesti bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan saja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.
Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.
Senaman yang perlu dielak ialah:
* Berlari atau berjoging.* Senaman regangan keterlaluan.* Senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut.* Angkat berat.* Gerakan pusingan pinggang.
Untuk mengetahui kaedah senaman betul, ada baiknya anda menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil. Selepas mendapat tunjuk ajar, ia boleh dipraktikkan di rumah dengan diselangselikan senaman aerobik yang biasa dilakukan seperti berjalan cepat, berbasikal, menari atau berenang.
Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.


Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil.
Jika anda menyertai program senaman, jurulatih akan merangka jenis senaman yang sesuai dengan keperluan setiap individu supaya senaman lebih berkesan dan mengelak kecederaan atau boleh membahayakan kandungan.
Bersenam selepas bersalin juga penting untuk meningkatkan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengembalikan bentuk badan asal.
Senaman boleh dilakukan enam minggu selepas bersalin (bagi yang bersalin normal). Jika bersalin secara pembedahan, pastikan luka bedah benar-benar sembuh (biasanya antara empat hingga enam bulan) dan paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Walaupun bersenam ketika hamil banyak manfaatnya, bukan semua orang boleh melakukannya.
Jika tidak berpeluang ke pusat senaman atau gimnasium, anda masih boleh bersenam di rumah. Senaman paling selamat dan bermanfaat ialah berenang, berjalan cepat, mengayuh basikal statik (dalam rumah) atau menari. Setiap orang tahu had diri sendiri. Lakukan senaman sekadar yang anda mampu. Bila anda aktif, secara tidak langsung anak juga jadi sihat. Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.

Sunday, February 5, 2012

40 Minggu Nan Indah Tentang Anda & Bayi

MINGGU 1
Bayi : 8 hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadiranya di dalam rahim.
Anda : Anda di galakkan maka lebih banyak asid folik iaitu 400 microgams (mcg) sehari. Asid folik di perlukan untuk menghasilkan sel daah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

MINGGU 2
Bayi : Blastcyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastocyst di sauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengadungi asid folik, besi dan kalsium termasuk lah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

MINGGU 3
Bayi : Selepas 3 minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2mm. Gen mula membentuk 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan.

MINGGU 4
Bayi : Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakan ketidakselesaan seperti sakit belakang, suka tidur, sembelit dan keletihan.

MINGGU 5
Bayi : Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda : Suhu badan yang terlalu panas menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti sepeti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

MINGGU 6
Bayi : Jantungnya kini sudah mula terbentuk dan mula berdeyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jai kelengkeng dan pergerakkan nya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda menjadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok dan mengelupas.

MINGGU 7
Bayi : Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dlam masa itu, ulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

MINGGU 8
Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mulatebentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian bekembang, bayi sudah pandai bergerak dan menendang. Walaubagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda : Perubahan bentuk fizikal mula dialami. Puting dan payudara anda mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga semakin banyak.

MINGGU 9
Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda : Berat badan mula betambah. Anda di galakanuntuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

MINGGU 10
Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

MINGGU 11
Bayi : Majoriti organ bayi sudah mula terbentuk. Kini bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

MINGGU 12
Bayi : Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Benttuktubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk, temasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda : Berat badan anda akan bertambah kira-kira 1/4 daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.

MINGGU 13
Bayi : Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakan bibirnya sebagai persediaan untuk meransang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda : Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perut anda 'buncit'. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

MINGGU 14
Bayi : Organ-ogan bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat meningmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukanlah perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

MINGGU 15
Bayi : Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antaa yang palinh jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda :Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi tidak hairan lah ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

MINGGU 16
Bayi : Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa untrasound dilakukan.
Anda : Pada saat ini anda sepatutnya asa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasakan pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap dibawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

MINGGU 17
Bayi : Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai csp jsrinys sendiri.
Anda : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar disamping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

MINGGU 18
Bayi : Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mulapeka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalaman hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

MINGGU 19
Bayi : Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul.Anda : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat hals juga mula kelihatan pada muka anda.

MINGGU 20
Bayi : Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi ada setengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesanya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang di kenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

MINGGU 21
Bayi : Si kecil kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salhnya jika and amula mencari nama terbaik untuknya.
Anda : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

MINGGU 22
Bayi : Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberansangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda : Minum lah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang di awet. Jus oren membolehka mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

MINGGU 23
Bayi : Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhi minggu kehamilan. Proses ini di namakan oedema.

MINGGU 24
Bayi : Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkan nya. Degupan jantung bayi sudah boleh di dengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi aingin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda : 4 % daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis pada minggu ini.

MINGGU 25
Bayi : Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan mula timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakan bacaan tentang kehamilan.

MINGGU 26
Bayi : Mula belaja bernafas. Tetapi pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi berada di kedudukan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda : Anda berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan ole saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

MINGGU 27
Bayi : Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa.
Anda : Anda mungkin menghadapi beberapa penyaki biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

MINGGU 28
Bayi : Pada usia ini, bayi sudah cuku sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini bedegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakan rasa melekit.

MINGGU 29
Bayi : Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh uang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda : Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini carq tidur yang betul penting untuk memastikan anda bepeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

MINGGU 30
Bayi : Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

MINGGU 31
Bayi : Kini dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mula berlaku sekiranya andak tidak berhenti bergerak. Jadi banyakan berehat. Jika waktu malam anda kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

MINGGU 32
Bayi : Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di pemukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

MINGGU 33
Bayi : Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya denan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda : Kenaikan berat badan anda kini terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

MINGGU 34
Bayi : Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensetif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janjn kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda : Tekanan darah munkin akan meningkat agak tinggi. Jdi jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

MINGGU 35
Bayi : Tulang kepalanya lembut dan mdah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia sudah tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiap yang akrab agar rasa gementar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontrasi boleh bermula pada bila-bila masa. Besiap sedia dari sekarang.

MINGGU 36
Bayi : Kontrasi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap. Itu bukan tanda hendak bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal ahim juga rasa sakit akibat tekanan yang di buat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan di jalankan setiap minggu mulai sekarang.

MINGGU 37
Bayi : Bulu pada bayi anda mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang di namakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.
Anda : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk betanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ingin membantu anada menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

MINGGU 38
Bayi : Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda : Sentiasa dengan perubahan diri. Pastikan tanda tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu membuat kerja kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang di simpan itu dapat di gunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

MINGGU 39
Bayi : Pada peringkat ini , anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda : Masa kini telah tiba. Rasa sakit kontrasi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

MINGGU 40
Bayi : Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda : Anda mula terasa tanda tanda sebelum bersalin, sakit belakang, sakit seolah olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontrasi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

**Info di atas ini adalah sebagai panduan selama anda mengandung. Tetapi jangan risau sekiranya apa yang anda alami tidak sama seperti panduan di atas kerana setiap orang, lain pengalamannya. Anda boleh merujuk kepada Doktor anda untuk mendapat kepastian.**




Saturday, February 4, 2012

Contoh Resume





HARITA BINTI MOHD HUSIN
PERSONAL PARTICULARS
IC NO : 870926-XX-XXXX
ADDRESS : No. 1, Jalan Pulai XX, Taman Pulai Utama, 81110 Johor Bahru.
TELEPHONE NO : 017-XXXXXXX
E-MAIL ADDRESS : tamon_tamonoye@yahoo.com
AGE : 25 years
DATE OF BIRTH : 26 September 1987
PLACE OF BIRTH : Batu Pahat
MARITAL STATUS : Married

OBJECTIVE
“To be a versatile person and gain as much of experience in order to be a good worker, which put high responsibilities of work and duties.”

WORKING EXPERIENCE
COMPANY : Concept Z Consultants
DESIGNATION : Trainee
PERIOD : Jun 2009 – Nov 2009
DESCRIPTION : - Prepare full sets of accounts for company by using UBS accounting.

COMPANY : Ganesh Kumar & Co
DESIGNATION : Audit Assistant
PERIOD : May 2010 – Oct 2010
DESCRIPTION :
- Performed audit techniques such as vouching, tracing and test of control.
- Writing up company accounts by using UBS accounting.
- Prepare tax computation for company by using BIZZTAX.

EDUCATIONAL BACKGROUND
UNIVERSITY : UiTM, Malacca Branch
YEARS : 2006 - 2010
ACHIEVEMENTS : CGPA 3.08

COLLEGE : Mara College Kuala Nerang, Kedah
YEARS : 2005 - 2006
ACHIEVEMENTS : CGPA 3.39

SCHOOL : Sek Men Keb Penghulu Saad
YEARS : 2002 - 2004
ACHIEVEMENTS : SPM - 2A1, 1A2, 1B4, 3C5, 3C6, PMR - 1A, 4B, 3C

ACTIVITIES
1) Biro tugas-tugas khas Program Solat Hajat, UiTM Malacca Branch, 2007.
2) Participant in Program Kecermerlangan Diri Memperkasa Modal Insan, Membina Mahasiswa Terbilang, 2007.
3) AJK Program Lawatan Akademik Ke Johor Port, UiTM Malacca Branch, 2009.

SKILLS
COMPUTER : - Microsoft Word, Excel, Power Point
- UBS Computerized Accounting
- Mind Own Your Business (MYOB)
ABILITY : - Basic management skills
- Hard working and self motivation
- Meticulous in work and independence
LANGUAGE : - Bahasa Malaysia : Spoken - Very excellence
Writing - Very excellence
- English : Spoken - Average
Writing – Average
EXPECTED SALARY
RM 1,500 – RM 2,000 (negotiable)
REFERENCES
NAME : Pn. Siti Fatimah Noor Binti Minhad
RELATION : Bachelor Of Accountancy Programme Coordinator
TELEPHONE : 012- xxxxxxx / 06 – xxxxxxx